Friday, November 26, 2010

Nikmat

bismillahirahmanirahim.

Adakah terlalu sibuk??

kesibukan...

merenung diri terasa kerdil

barangkali tidak perlu mencari 1000 macam alasan

tidak perlu mencari alasan dengan kesibukan

hamba yang daif, kerdil disisiNYA

terus mencari dan mencari

demi mencapai CINTA YANG SATU

demi mencapai KEREDHAAN MAHA PENCIPTA

usaha dan terus usaha
muhasabah diri perlu

mencari ilmu perlu

kekadang jatuh namun berusahalah bangkit

kerna rasulullah sendiri mualim terbaik

qudwah hasanah terbaik diikuti subahanallah

walau seribu macam halangan dan cabaran

namun tetap tabah dan teguh

kemanisan iman yang dicari

insyaAllah kenikmatan iman yang tak ternilai diperoleh


suka lihat awan

damai, tenang

26/11/2010

ya Allah diri terasa kerdil disisiMU

bantulah aku menggapai cintaMU

CINTA yang SATU

bersama-sama tanggugjawab yang telah diamanahkan

rindu pada sahabat-sahabatku
sayang kalian semua =)

Thursday, November 11, 2010

renung, fikir , damai

segala puji bagiNya atas segala nikmat yang dikurniakan


Musim exam baru bermula dan mungkin ada sahabat-sahabat yang dah habis dan tengah bersiap packing barang. Selamat pulang buat sahabat yang sudah beli tiket pulang.

Alhamdulillah hari ini baru habis paper 1 (kimia alam sekitar: tajuk khas )

dah usaha, terus berdoa dan tawakal moga semua paper baik-baik je.

lagi 6 paper

balik raya haji terus start exam

apa pun

dalam sibuk-sibuk stydy jangan dilupa orang disekeliling

jangan dilupa amalan-amalan lain

waktu-waktu nilah ada juga perkara pelik berlaku

moga diselamatkan dari segalanya insyaAllah

Study bukan semata-semata nak exam

tapi ilmu yang kita pelajari diamalkan hingga akhirnya insyaAllah

apa yang penting nawaitu kerana Allah

"setiap amalan itu bermula dengan niat"

renung, fikir, damai

apabila direnung-renungkan rupanya makin banyak belajar makin banyak yang tidak tahu

apabila difikir-fikirkan , diri makin kerdil

subahanallah sesungguhnya KAU lah Maha Besar

apa yang telah dipelajari membuatkan terpaku melihat tanda kekuasaanNya

subahanallah

Damai , tenang insyaAllah

dan tidak rugi belajar,membaca ,memahami

belajar dan terus belajar.....

akhirnya kan temui kedamaian


kerana sesungguhnya orang yang berilmu tinggi darjatnya disisi Allah swt

wallahua'lam

with love shofwahasanah

Sunday, November 7, 2010

10 Soalan Sebelum Bertunang

sekadar perkongsian bersama sahabat-sahabat



10 Soalan Sebelum Bertunang iluvislam.com + discover the beauty of islam

with love ~ shofwahasanah

Kata-kata itu ..

Alhamdulillah segala puji padaNya yang memberi kesempatan masa dan sihat.

Study wik pulang beberapa hari ..
entri kali ni lebih mengisahkan tentang kerenah adik-adik =)
alhamdulillah luangkan masa bersama adik-adik tersayang ( amzar & amirul )
hanya mereka di rumah yang lain kat asrama
lama tak pulang rupa-rupanya dah pandai cakap dah adik amirul
tapi faham sikit-sikit jer ( bahasa budak baru pandai ckp )
kadang-kadang pening dia maksudkan lain faham lain
nangislah dia
alhamdulillah lama-lama faham juga =)
alhamdulillah waktu azan je dia diam
" mayang, mayang " katanya
hanya mampu tersenyum melihat telatahnya
orang berwudu ikut sekali
keluar je lencun habis baju
ibarat mandi =)
bersyukur dikurniakan adik sepertinya
walaupun masih kecil namun tak manja
berdikari..
amzar..
masih ingat kata-kata amzar
" kak , adik sedihlah kak nak g dah ..
kak balik lama dah tp adik rasa kejap je ..
kalu angah ngan acik balik adik rasa biasa jer "
tergamam seketika
setelah borak-borak dan nasihat sikit-sikit
waktu toucing ... =)
nampak keceriaan diwajahnya
kagum pada amzar
walau pulang lewat petang sekolah
lebih kurang pukul 5 sampai umah
tak lupa tanggungjawabnya sebagai abang
kadang-kadang buat susu untuk amirul
layan kerenah adik bongsu kami yang sangat hyperaktif
moga menjadi abang yang bertanggungjawab insyaAllah
" adik tak sabar tunggu amirul besar, kekgi adik boleh ajak dia g masjid .."
sejuk hati ma, abah dan especially kakak dia =)
syukur dikurniakan adik-adik seperti mereka

moga menjadi kakak yang baik

* tengah-tengah study kadang-kadang ingat mereka

senyum sendiri ...

Saturday, October 30, 2010

Hujung minggu

Alhamdulillah di beri kesempatan masa untuk update blog kali ini ....


langit pantai tok jembal


Syukur padaNya yang memberi peluang pada diri ini merasai nikmat ukhwah bersama adik-adik


Act ni first time dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan junior-junior


namun kesempatan ini digunakan sebaik mungkin bersama-sama sahabat =)


alhamdulillah nikmatNya yang tidak putus-putus


seronok dapat berukhwah bersama adik-adik 1st and 2nd year

macam-macam aktiviti kami jalankan
alhamdulillah aktiviti-aktiviti dijalankan membuatkan kami sedikit sebanyak mengenali antara satu sama lain
walaupun hanya beberapa jam, subahanallah ....
apabila sudah lama tak ke pantai disebabkan asignment dan test yang tak putus-putus
jadi masing-masing nampak seronok jer time tu ..





bersama teman


Bersama sebahagian adik 1st year



Bersama sebahagian adik-adik 2nd year

Lewat juga program berakhir .. angin yang kuat

namun adik-adik tetap bersemangat

jadi kami pun bersemangat sama =)

pulang awal berbanding yang lain

disebabkan persiapan power point esoknya

syukur atas nikmatNya ini dapat meluangkan masa hujung munggu bersama adik-adik dan teman-teman sekuliah

terima kasih pada semua





Tuesday, October 26, 2010

Bengkel

Alhamdulillah diberi kesempatan masa dan nikmat sihat
Entry kali berkaitan bengkel yang wajib student kimia join .. hujung minggu?? waktu rehat..
Kala penghuni sedang enak dibuai mimpi, kami bangkit jua
bukan kerana paksaan namun inisiatif masing-masing yang bersemangat untuk pergi hadiri bengkel..
ye ke corsemate kita camtu??
erm, betul-betul semangat.
Tak rugi join alhamdulillah banyak input yang dapat
Berlangsung selama 2 hari
seronok-seronok
OSHA ( Ocupational Safety and Health )
erm..lebih kepada kaedah keselamatan dialam pekerjaan
lebih fokus kepada course kami kimia
takut + ngeri
melihat gambar-gambar yang turut diselitkan
macam-macam gambar dipaparkan
ada tangan yang tersepit di celah mesin
kontena terhempap atas kepala...
mata hitam hilang, terkena chemical
pelbagai gambar lagi
sentiasa berdoa moga dimatikan dalam keadaan yang baik
insyaAllah
melihat gambar-gambar tersebut
nekad dihati tak nak kerja di kilang, makmal
habisnak kerja kat mana??
erm.....
sebelum ni masuk lab, sesuka hati guna chemical without glove
sepatutnya aware dengan chemical ni...
tak pakai google
baju putih kami wajib
selepas ni semua pakai gloves, google,labcoat masing-masing
demi keselamatan masing-masing
semoga dipermudahkan segala urusan insyaAllah
yakin dari awal lagi hidup,mati,ajal,maut,jodoh telah ditentukan olehNya
andai ditempatkan jua disana semoga semuanya selamat
insyaAllah
boleh jadi apa yang kita suka bukan terbaik buat kita,
tidak mustahil jua apa yang kita tidak suka akan kita peroleh
sesungguhnya DIA mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya...
* gambar2 tidak dapat dipostkan... bimbang tak dapat tidur pula nanti =)
p/s: buat semua sahabat sindrom tahun akhir... berdoalah moga kita sentiasa dimurahkan rezeki. mendapat pekerjaan yang baik. semoga dapat praktikkan segala ilmu kita peroleh dengan baik... jua dalam perjuangan kita semua.insyaAllah....

Sunday, October 17, 2010

wasiat imam syafie

Sebelum Imam Syafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: " Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
1. Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3. Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang di zalimi.
4. Hak kepada Munkar dan Nakir: tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5. Hak kepada mizan: menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
6. Hak kepada sirat: membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
7. Hak milik kepada Malik: menangis lantaran takutkan Allah swt, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8.Hak kepada Ridhzuan: merasa redha kepada qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. Hak kepada Nabi Muhammad saw: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah ( hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.
10. Hak kepada ALLAH swt: mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sunday, October 10, 2010

Janji kita

Hari anugerah indah
ceria tersulam mesra
istimewa bermakna
irama kejayaan
kini kita nyanyikan
bersama kesyukuran
bila kejayaan sudah digenggaman
tunaikan azammu zahirkan impian
warnailah ikrarmu yang kau lafazkan
kotakan cita perjuangan
detik silam menduga
mencorak suka duka
menguji semangat jiwa
cita-cita terbina
mengukuhkan setia
tabah menjejak bahagia
bila kejayaan sudah digenggaman
tunaikan azammu zahirkan impian
warnailah ikrarmu yang kau lafazkan
kotakan cita perjuangan
inilah masanya
buktikan segala
inilah janji kita
bersama zahirkan mimpi jadi nyata

p/s: antara sifat-sifat munafiq yang kita ketahuilah adalah orang yang memungkiri jajni apabila berjanji. Jadi ayuhlah bersama kotakan janji kita... pada ibu dan ayah hadiahkan segulung ijazah buat mereka. Moga sahabat-sahabat diberikan kejayaan di dunia dan akhirat.. amin =)

Wednesday, October 6, 2010

Peluang

Alhamdulillah segala puji bagiNya kerana masih diberi kesempatan dan peluang disini.Mencari peluang walaupun diri ini sibuk dengan projek,asigment dan tugasan-tugasan yang telah diamanahkan.
Paling suka saat pulang kerumah. Kenapa? Sudah tentu dapat tadabur alam sewaktu dalam perjalanan pulang. Berkongsi hobi yang sama dengan seorang sahabat yang kian lama sudah tidak bertemu. Rindu padamu moga kita kan bersua jua nanti. Janji Allah itu pasti. Lebih kurang setengah jam perjalanan namun tidak terasa tatkala asyik menghayati keindahan ciptaanNya. Subahanallah.. Namun concentaration utama tidak dilupakan. Dua dalam satu. Suka waktu petang, saat melalui pantai terasa kerdil diri ini. Langit yang terbentang luas dihiasi lukisan-lukisan indah dan betapa agungNya kebesaranMu Ya Rabbi. Pokok-pokok yang tidak berhenti bertasbih memujiMu mengikut rentak angin yang bertiup. Damai, tenang... semuanya berkumpul menjadi satu.
Sahabat
Kekadang kita merasa lemah dan kepenatan melalui lorong ini
hujan panas yang silih berganti namun tidak semendung hati yang mengerti makna perjuangan
bersabarlah sahabat hari ini kita diuji namun adakah DIA membiarkan diri kita berterusan begini
Allah rindukan tangis & tawakal kita kerana kita cuma hambaNya yang seringkali melakukan khilaf
tetapi jangan pernah dalam hati kita merasa lemah & berputus asa kerana penguat kita adalah Allah....

semoga kita semua terus istiqamah dijalanNya

* syukran sahabat atas nukilan ini

p/s: semoga sahabat seperjuangan terus istiqamah dijalanNya. Ketahuilah sesungguhnya Allah menyediakan sesuatu yang indah buat para mujahid/ah disana nanti. Tabahkanlah hati saat melalui jalan-jalan yang berliku.wallahua'lam. =)

Sunday, October 3, 2010

Si Kecil

Bismillahirahmanirahim


Alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk mencoretkan sedikit perkongsian. Terlalu sibuk dengan asignment, kuiz, test, presentation dan projek. Apapun moga dipermudahkan segala urusan bersama sahabat-sahabt yang lain..

Alhamdulillah selesai juga Young Preneurs Expo UMT yang berlansung selama 3 hari ( 1-3 oktober 2010 ) di Terengganu Trade Center (TTC). Pengalaman yang amat bernilai dan berharga.

Kembali kepada topik asal ana ingin kongsikan:-

Perkongsian 1

Sewaktu sedang menunggu masuk waktu maghrib di salah satu pasaraya yang berhampiran TTC, satu panorama menarik pemerhatian diri ini. Si kecil lingkungan 5 tahun sedang mengikuti ibunya mengambil wudu'. Pengajaran yang baik. Si kecil itu mengikut pergerakan ibunya. Comel. Solat bersebelahan ibunya setelah selesai berwudu'. Terharu hati ini saat ibunya bersiap memakai tudung, si anak kecil ini mengemas telekungnya dan ibunya dan memasukkanya ke dalam beg.. Subahanallah sungguh murni hati si anak kecil ini. Renungkanlah.Walllahua'lam.

Perkonsian 2

Berlaku sewaktu dalam perjalanan untuk solat asar pada hari yang sama. Muncul seorang kanak-kanak lelaki mungkin lebih kurang adik ana kot dalam 6,7 tahun. Comel. So, ana sapu kepala dia macam selalu buat pada adik. Dia tengok je. Ana senyum. Masuk sahabat ana, bagitau ana budak tu cakap " mende kakak tu pegang orang", sambil baiki rambut dia yang terpacak.. silap ana tak perasan dia baru keluar dari tandas sikat rambut mungkin. Susah juga nak buat rambut terpacak. Maafkan akak tak perasan.hehehe.

Perkongsian 3

Hampir sama dengan cerita pertama. Bezanya si comel ni usianya dalam 3,4 tahun. Ibunya sedang solat, dia duduk diam sebelah ibunya. Baik sangat. Mungkin sesetengah kanak-kanak seusianya aktif macam adik ana. Suka explore. Sampai ibunya solat still ditempat sama. Mendengar nasihat ibunya yang tidak membenarkannya kemana-kemana. Patuh dan akur.wallahua'lam.



* perkongsian bersama =)

Friday, September 24, 2010

Tudung

Bismillahirahmanirahim...
Tudung wanita itu ada empat... tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati. Apa ertinya? " tudung pada wajah... jangan sampai wajahnya mengundang fitnah..nauzubillah... Kecantikan hanyalah pingitan buat suami bukan untuk pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata... jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki tidak memandang dan tidak pula dipandang. Tudung pada suara... jangan dilunak-lunakkan untuk mempersona dan memikat. Tudung pada hati... mengingati Allah... dengan tasbih Fatimah... subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar... "
wallahua'lam

Sunday, August 29, 2010

test

Teringat peristiwa petang tadi tersenyum sendirian
Beberapa orang yang ambil subjek analisis surih hari ini ada test petang tadi..
Kami semua bersemangat nak menjawab
Masing-masing nampak macam dah bersedia, alhamdulillah
Harapan moga dipermudahkan
Dr pun edarkan paper, kami ingat paper soalan sebab bercetak
kata Dr " korang ambik 3 helai je, jangan lebih-lebih tapi nak ambik lebih pun takpe"
semua sangkakan itu adalah soalan test kami
salah 1 dari kami tanya Dr, " Dr soalan ke?"
"Eh, takdelah ni kertas jawapan kamu," dengan selamba Dr jawab
"Dr tak sampai hati kami nak tulis jawapan kami pada kat kertas ni"
tau kertas apa? rasa macam assignment atau paper work student Dr je.
Dr suruh kami tulis jawapan kami di bahagian belakan yang kosong
" saya lagi sedih kalau saya buang ke baik saya bagi kamu tulis," lebih kurang camtulah Dr cakap tadi.
kitaorang gelak jer...Dr buat kami rasa nak ketawa je...
Pepun Dr sempoilah. suka time kelas Dr...
*tahniah Dr dapat pangkat Profesor Madya dari kami =)

Saturday, August 21, 2010

fasa kedua

Alhamdulillah diberi kesempatan masih lagi dapat merasai nikmat dan tarbiyah di bulan yang penuh kerahmatan,keampunan dan kemuliaan ini . Terasa pantas masa berlalu rupa-rupanya kita semua sudah memasuki fasa kedua bulan ramadhan iaitu keampunan. Pintu keampunan terbuka buat hamba-hambaNya. Terpulang pada kita sama ada untuk merebut peluang ini atau membiarkannya berlalu sahaja. Adakah puasa kita yang lalu sudah sempurna? Adakah kita mencapai matlamat puasa kita? Adakah diakhirnya kita ingin melihat berat kita yang kian betambah,berkurang atau sebagainya..

Firman Allah swt :

" Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa "

(surah al-baqarah:183 )

Diakhir puasa itu sendiri firman Allah jelas menunjukkan supaya kita menjadi antara golongan orang-orang yang bertaqwa.InsyaAllah. Dan kerana itu kita disunnatkan melambatkan sahur agar kita dididik supaya selepas bersahur kita dapat menunaikan solat subuh diawal waktu. Subhanallah. Ramadhan adalah madrasah tarbiyah buat kita semua. Marilah kita bersama-sama merebut peluang di bulan mulia ini. Jika sebelum ini hanya dahaga dan lapar yang diperoleh, ayuhlah bersama perbaiki puasa kita dihiasi dengan amalan-amalan sunat yang lain. Perbanyakkan solat sunat taubat dan muhasabah diri. Ketahuilah pintu taubat terbuka luas . Walau kita sering alpha dan lalai namun Allah swt Maha Pengampun. Subhanaallah. Malulah kita walau sebanyak mana kita lalai, namun Dia masih menerima taubat .Perbanyakkanlah doa agar kita kuat dan tabah menghadapi dunia yang penuh cabaran dan dugaan sekarang juga terhindar dari fitnah dan kelalaian dunia ini.amin.

~shofwahasanah

Friday, August 20, 2010

10 muwasifat tarbiyyah



1) AQIDAH yang sejahtera


2) Ibadat yang sahih


3) AKHLAQ yang mantap


4) luas PENGETAHUAN


5) SIHAT tubuh badan


6) mampu BERDIKARI


7) MELAWAN hawa nafsu


8) sangat menjaga MASA


9) TERSUSUN urusannya


10) BERMANFAAT pada orang lain




~ moga ramadhan hari ini lebih baik dari semalam..




*shofwahasanah =)

Friday, August 6, 2010

Kerenah adik


Bila terfikir tersenyum sendirian. Telah menjadi kebiasaan aku menidurkan adikku, hafiz, yang kini berusia 1 tahun setengah. Satu malam, kedua orang tuaku keluar atas urusan mereka dan aku diamanahkan untuk menjaga dua orang adiku. Si abang, sudah lama dibuai mimpi. Jadi tinggallah aku seorang diri menjaga si hafiz ini. Ikut rentak dia sekali, apa lagi sukalah dia apabila aku melayannya. Dia pula makin aktif, aku pula yang terasa mengantuk. Macam-macam cara telah aku lakukan untuk tidurkan dia, namun tidak berhasil. Jadi aku pun gunalah cara terakhir iaitu pura-pura tidur setelah pelbagai cara aku lakukan tidak berkesan. Alhamdulillah nampaknya cara ini berkesan. Hafiz pun baringlah sekali disebelah aku. Dalam diam aku tersenyum sorang diri. Agaknya kalu orang nampak apalah diaorang fikir kepada aku senyum sorang-sorang waktu tidur... terpulanglah.. namu tiba-tiba hafiz bangun dan duduk. Aku membukakan mataku perlahan-lahan bimbang dia menyedariku memerhatikannya dalam diam. Nasibku baik kerana lampu yang malap dapat melindungi wajahku dari pandangannya. Tiba-tiba dia mengangkat kedua-dua tangannya seperti mendah tangan untuk berdoa. Subhanallah, aku terpaku. Aku teringat yang aku terlupa untuk membacakan doa tidur bersam-samanya, kerana sejak dari awal lagi aku ajarkannya sebelum tidur membaca doa. Dia telah mengingatkanku, lantas aku pun membaca doa tidur bersama-samanya. Selesai sahaja doa tidur diaminkan dia terus tidur. Alhamdulillah moga sedikit sebanyak ia akan menjadi amalannya walaupun mungkin dikala usiannya ini mungkin hanya ikut sahaja apa yang diajarkannya. Moga ia akan mempraktikannya sehinggalah dewasa, itu harapanku sebagai seorang kakak. Hafiz, kakak doakan moga kau membesar menjadi seorang mujahid Islam . Aku cuba menjadi seorang kakak yang baik dan contoh yang terbaik buatmu duhai adikku..
~with love: shofwahasanah


Thursday, August 5, 2010

Kemanisan yang tersembunyi


Saat merenung lantas terfikir betapa besarnya nikmat Allah yang telah dikurniakan buat hamba-hambanya samada sedar atau tidak. Namun mengapa sering diri dibiarkan terus alpa? Walaupun kita sedar atau tidak Dia tidak putus-putus memberikan nikmat buat hamba-hambaNya.. subahanallah.. moga kita tergolong dalam hamba-hambanya yang mensyukuri nikmatnya, Insyaallah. Sahabat susah senang diharungi bersama. Namun perjalanan tidak selamanya indah, kadangkala turut dilanda ombak untuk menguji sejauh mana ikatan ukhwah antara kita bersama sahabat.


" ukhwah yang dibina atas nama Allah tidak mengharapkan balasan apabila memberi,
tetapi akan selalu berkongsi airmata dikala suka dan duka,
kesedihan sahabatnya bagai pedang menikam,
keceriaan sahabat bagai pelangi yang tidak akan hilang,
kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal didunia,
Itulah sunnah jalinan ukhwah pejuang agama... "


* dipetik dari kak an
Dalam kita hendak menjaga rupa-rupanya dalam diam kita tidak menyedari rupa-rupanya insan istimewa ini berkecil hati. Sedarkah kita? Maaflah sahabat . Namun itu bukan kehendak hati. Andai dapat dijaga, tidak akan dibiarkan dirimu berkecil hati lantas mengalirkan air mata. Pilu hati namun itu semua adalah ujian dalam bersahabat. Segala nasihat amat dihargai. Namun ketahuilah apa yang berlaku menguatkan lagi antara ukhwah antara kita .. wallahua'lam ..







Tuesday, August 3, 2010

Ahlan wasahlan


Alhamdulillah tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang mulia yakni bulan ramadhan. Dalam sibuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar jangan dilupa tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, Insyaallah .. Dalam diam dan tanpa disedari terfikirkah kita adakah cukup bekalan dan amalan kita yang akan kita bawa menujuNya nanti?? Fikirlah wahai sahabat sekalian. Kita yang masih diberi pinjaman nyawa ini berusahalah menjadi hamba yang terbaik disisiNya. Sama-sama kita memperingati antara satu sama lain dan sentiasalh muhasabah diri.
Firman Allah swt dalam surah al ashr : " demi masa.sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran ".Wallahua'lam.

Kedatangan ramadhan memberi banyak peluang kepada kita semua. Bagi para peniaga rezeki mereka pada bulan ini melimpah ruah alhamdulillah. Namun usah dilupakan pada saudara-saudara kita yang lain. Bagi si anak kecil pula ajarlah, didiklah, dan latihlah mereka sejak kecil agar mereka terdidik sejak diawal usianya. Bukankah setiap ibubapa inginkan anak yang soleh dan solehah? Maka marilah kita jadikan ramadhan kali ini dan akan datang adalah ramadhan yang kita rindui dan nanti-nantikan. Ramadhan yang bakal menjelma ini ayuh sama-samalah kita bangkit dan cantikkanlah ia dengan ibadat-ibadat sunat.
* selamat menyambut ramadhan al mubarak buat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian
~with love : shofwahasanah

Tuesday, July 20, 2010

Termenung seketika





Keluarga bahagia




Bagaimanakah kita diusia tua kelak? Baikkah ataupun sebaliknya? Mudah-mudahan pengakhiran yang baik diusia tua kelak. Sewaktu menjemput nenek dari kelas pengajian al-Quran, seorang nenek menghampiriku.. Rupa-rupanya dia tidak mengingatiku. Sedangkan aku pernah ke rumahnya. Tahulah aku keadaan sebenarnya. Terharu dan tersentuh melihat seorang anak yang sabar melayan seorang ibu.. subahanallah.. moga golongan seperti ini dapat dicontohi oleh kita semua .. tetapi sebaliknya kita sering mendengar dan terbaca berita-berita tentang layanan seorang anak terhadap kedua ibubapanya dimana layanan seperti itu tidak wajar dilakukan terhadap mereka..apakah kalian sedar jika tanpa mereka,wujudkah kita di sekarang?? mereka tidak mengharapkan wang berjuta-juta sebagai balasan namun cukuplah sekadar layanan yang baik dari seorang anak dan juga doa yang tulus.. selagi mereka ada, layanlah mereka sebaik mungkin,jagalh hati bonda dan ayahanda tersayang...

Saturday, June 19, 2010

zikrullah




salam sahabat-sahabat semua..asif lama xupdate blog ni..kekangan masa menyebabkan jarang dapat meluangkan masa di sini.. alhamdulillah di beri kesempatan masa di sini .. marilah sama-sama luangkan masa bersama-sama berzikir .. selamat berzikir !!

Thursday, June 10, 2010

Tarbiyah Berterusan


Benarlah untuk naiknya darjat iman seseorang disisi Allah adalah hadirnya tarbiyah yang berterusan. Beruntungnya seseorang itu andai termasuk dalam golongan ini. Subhanallah. Tarbiyah yang silih berganti mengajar kita bagaimana kita menangani masalah yang dihadapi.Adakah dengan mengikut hawa nafsu, adakah dengan melayan perasaan atau adakah dengan muhasabah diri dan taqarrab ila Allah. Bibir mudah mengucap sabar namun hatilah yang merasainya. Kita tidak mampu untuk puaskan hati semua orang. Namun dalam membawa imej Islam kadangkala diri sering menjadi tatapan orang sekeliling. Sering dianggap sempurna sedangkan hanyalah hamba yang lemah sentiasa dalam proses tarbiyah dan muhasabah diri. Tidak lari dari membuat kesilapan, mengharapkan teguran dan nasihat berterusan dari insan yang memahami. Namun insan-insan lain hanya berdiam seribu bahasa.


Renung sejenak andai di minta mendaki ke puncak tertinggi ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi dan bukannya dalam sekelip mata sahaja kita berjaya sampai ke puncaknya. Begitu juga dengan tahap keimanan seseorang dengan Allah swt. Dalam peningkatan iman seseorang, dia akan sering di uji dan terus di uji. Ujian yang hadir membuatkan diri menjadi lebih matang dan merasai betapa manisnya, indahnya tarbiyah yang Allah kurniakan.

Benarkah hati manusia sukar di tafsir? Apa yang ingin disampaikan kadang kala sering di salah ertikan dan kadang kala apa yang ingin di sampaikan tidak sampai. Berterus terang adalah jalan yang terbaik dalam ukhwah, mengapa kadang kala wujudnya perasaan ego? Ianya akan menjadi duri dalam daging sendiri. Beralah bukan bererti kalah dan mempertahankan ego bukan bererti menang. Namun dalam berbicara, perlulah berhati-hati. Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan. Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya. InsyaAllah andai hubungan dengan Allah baik, secara tidak langsung sesama manusia akan terjaga.


Monday, June 7, 2010

ketaatan pada kedua orang tua



Ibu dan ayah ... satu nama cukup agung selepas Allah dan rasul..Tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini .Namun mengapa sejak akhir-akhir ini kita sering di khabarkan dengan berita-berita yang begitu menyedihkan dan memilukan?? sama-sama renungkan .

Ramai anak yang tidak mengapa apabila dituduh anak menderhakai kepada ibubapa. Namun, siapa yang dapat menafikan ayat Allah dan hadis Rasulullah saw yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besaryang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab kepada kedua orang tua mereka.

Allah swt berfirman dan maksudnya :'Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. apabila salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam peliharaanmu' ( surah al isyra :23 )

Rasulullha saw lebih jelas menegaskan bahawa dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud :" Mahukah kamu aku khabarkan kamu satu dosa besar? Kami ( sahabat menjawab: Ya tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda : " Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, menderhakai ibubapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta. Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam. ( hadis riwayat imam bukhari )

Semua anak mengaku sudah memenuhi hak kedua ibubapanya walaupun hati tak merindui, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenangkan keuzuran mereka, pemegang kunci syurga mereka di akhirat kelak. Tetapi mereka lupa.

Lantas mereka lalai dan lupa terhadap ibubapa mereka lantaran kesibukan dengan kerjaya masing-masing. Kurangnya masa bersama mereka. Apalah yang diharapkan oleh ibubapa kita? Bukannya wang ringgit yang dihulurkan ,barang-barang mahal pengganti diri, namun mereka amatlah mengharapkan kemesraan dan masa yang dihabiskan bersama-sama seperti kita masih kecil bersama-sama mereka. Tetapi anak-anak tidak menjaga perasaan mereka. Kasihan ibu,kasihan ayah. Pilu hati mereka mengenangkan anak-anak yang begitu sibuk.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada ibubapa melebihi pahala berjihad fisabilillah seperti sabda nabi saw yang bermaksud daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata ," Saya bertanya kepada nabi saw ", " Amalan apakah yang disukai oleh Allah swt ? Baginda bersabda "solat pada waktunya ", saya bertanya lagi. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda : berbuat baik pada kedua orang tua. Saya bertanya lagi. Kemudian apa lagi? baginda bersabda : berjihad dijalan Allah ". ( HR bukhari dan muslim )

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas ialah kasih sayang terhadap ibubapa. Anak yang soleh dituntut membalas mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga dari wang beribu ringit.







Saturday, June 5, 2010

Renungan


Jika kejahatan di balas kejahatan , itu adalah dendam

Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah biasa

Jika kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim

Tapi jika kejahatan di balas kebaikan itu adalah itu adalah mulia dan terpuji ...

Terhenti seketika

Terdetik seketika, beginikah remaja-remaja Islam hari ini?? lemah dengan nafsu sendiri. Nun jauh di sana, saudara-saudara seagama kita amat memerlukan pertolongan kita walaupun kita disini hanya mampu berdoa, kerana doa itulah senjata orang mukmin. Janji Allah itu pasti.

Apa yang ingin dibicarakan, perancangan awal ingin tadabbur alam. Tergendala seketika. Alhamdulillah rezeki Allah mencurah ke bumi. Subhanallah damai,tenang dan alhamdulillah sungguh indah nikmat ini. Namun penghayatan terhenti seketika, betulkah? Apa yang berlaku di tempat terbuka ini?

Tidak tahan dengan perbuatan sepasang couple di dalam kereta, lantas ana bersama sahabat bersiap keluar blok. Kami berdiri berhampiran kereta mereka. Alhamdulillah syukurillah Allah campakkan sedikit perasaan malu dalam diri mereka. Perbutan tidak bermoral yang sangat melampau terhenti. Akhirnya si lelaki berlalu pergi meninggalkan perempuan tersebut. Apa yang hendak dinyatakan disini ,beginikah keadaan remaja-remaja sekarang ?? Semoga Allah memberi hidayah pada mereka.

Menangis hati kecil melihat anak bangsa kian hilang maruahnya sedang kanak-kanak kecil di bumi palestin sedang berjuang mempertahankan Islam. Bangkitlah wahai jiwa-jiwa Islam, bersatu, berdoa terus berdoa, berjuang demi Islam. Janji Allah itu pasti ..

Wednesday, June 2, 2010

wanita itu rumput semalu

Pada suatu hari , Rasulullah saw berjalan-jaln bersama puteri baginda , Saidatina Fatima ra,setibanya mereka di sebuah pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu dan menyebabkan kainya berdarah lalu mengadu kesakitan .

Fatimah mengatakan kepada bapanya mengapalah pokok semalu itu ada di situ dengan nada yang sedikit marah . Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita . Fatimah terkejut . Rasulullah menyambung kembali kata-katanya. Para wanita hendaklah mengambil daripada pengajaran daripada pohon semalu in daripada 4 aspek .

Pertama , pohon semalu akan kuncup apabila ianya disentuh . Ini boleh diibaratkan ,bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya) .

Kedua ,semalu mempunyai duri untuk mempertahankan dirinya . Oleh itu , wanita perlu mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita muslim .

Ketiga , pohon semalu mempunyai akar tunjang yang kuat mencengkam bumi . Ini bermakna wanita solehah perlulah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin .

Dan akhir sekali semalu akn kuncup dengan sendirinya apabila menjelang senja .Oleh itu ,para wanita sekalian , kembalilah ke rumah kamu apabila hari semakin senja .

Ambillah pengajaran dari pohon semalu walaupun ianya hanyalah tumbuhan yang kecil .

Saturday, May 29, 2010

Lelaki kacak hadis yang menarik


Rasulullah saw bersabda : " Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya , berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya . Bila mayatnya di kapan , lelaki itu berada diantara kapan dan si mati .

Selepas pengebumian , semua orang pulang ,2 malaikat mungkar dan nakir datang ke dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak itu daripada si mati supaya si mati bersendirian dan malaikat-malaikat dapat menyoal si mati mengenai ketaatannya kepada Allah .Tetapi lelaki kacak itu berkata :

" Dia dalah temanku , dia adalah kawanku . Aku takkan meninggalkannya walaupun seorang diri . Jika kamu ditugaskan untuk menyoal lakukanlah tugasmu . Aku tidak boleh meninggalkannya selagi aku tidak dapat pastikan dia di masukkan ke dalam syurga ".

Selepas itu , dia berpaling pada temannya dan berkata , " Aku adalah al Quran yang kadang-kadang kamu membacanya , kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan . Jangan bimbang . Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir kamu tidak akan bersedih " .

Selepas soal siasat selesai , lelaki kacak mengatur untuknya daripada al Mala'ul A'laa ( malaikat dalam syurga ) tempat tidur dari sutera yand dipenuhi bauan kasturi .



Tuesday, May 25, 2010

Sebentuk cincin sebagai tanda..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu . Berita itu aku sambut dengan hati yang di usahakan uuntuk berlapang dada . Benar , aku berusaha untuk berlapang dada .. Terkadang terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita berada benar-benar di tepi tebing ,tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung... Maha Suci Allah yang mengangkat aku , meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untuk ku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang istimewa ,tidak juga punya apa-apa yang menonjol . Jalan ku jua dua kaki ,lihat ku jua menggunakan mata . Semua anggota ku semuanya adalah pinjaman .
Aku hanyalah seorang Insyirah yang sedang menggembara di bumi Allah , jalanku jua sama kelak ..... negeri Barzakh ...

Sejak dari hari istimewa hari itu ,ramai sahabiah memuji wajahku berseri dan mereka juga yakin aku juga sudah di khitbah apabila melihat dikedua tanganku memakai cincin di jari manis . Aku hanya tersenyum ,tidak mengiyakan mahupun menidakkan . Diamku bukan untuk membuka persoalan-persoalan ,tapi aku belum mampu memperkenalkan insan itu .

Ibu bertanya soalan dan aku cuba yang terbaik menjawab dengan penuh kesopanan dan lemah lembut..

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

"Warna putih bu , suci, bersih ...."

"InsyaAllah ibu akan cuba usahakan dalam masa yang terdekat ni "

" 4 meter sudah cukup ibu untuk sepasang jubah , jangan berlebihan "

Ibu angguk perlahan .

Beberapa hari ini aku meyelak helaian demi helaian naskah yang begitu menyentuh hatiku... sebagai hamba Allah ... Malam pertama sukar sekali untuk aku ungkapkan perasaan , namun biarlah Allah yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagiaku .

Sejak dari hari pertunangan itu aku semakin banyak mengulang Al=Quran . Aku mahu sebelum tibanya hari bahagia aku sudah khatam Al-Quran .. setidak-tidaknya hatiku akan tenang dengan kalamullah yang meresap ke dalam darah yang mengalir di dalam tubuh . Mahu pecah hati ini menanti saat itu .Rupanya begini perasaan orang yang mendahului .

"Kak Insyirah siapa tunang akak tu ? "

" InsyaAllah ,'dia' tiada rupa .Tapi dia mendekatkan akak pada Allah . "

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya nanti . "

Aku hanya mampu tersenyum..Itu yang hanya mampu aku zahirkan . Sahabiah menyangka aku berbahagia apabila sudah dikhitbahkan oleh 'dia' . Mereka merasa kehilnganku apabila banyak masaku bersama kalamullah tidak lain tidak bukan kerana aku ingin mencapai ketenangan apabila tibanya waktu itu nanti .

"Bila ent akan menikah ? "

Aku tiada jawapan khusus .

" Insya Allah bila masanya ent akan tahu ..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu .

" Jemput ana tau ... " Jamilah tersenyum riang .

" Kalau ent tak datang pun ana tak berkecil hati " .Aku pun tidak pasti di manakah pernikahan aku itu akan berlangsung . Diam dan terus berdiam membuatkan ramai yang berkecil hati .

" Kalian pasti akan tahu bila tiba waktunya nanti ."

Rahsiaku adalah rahsia Allah .Untung aku di khitbahkan dahulu tak seperti orang lain terus menikah . Bolehlah aku menyediakan baju yang hendak di pakai sewaktu pernikahan aku nanti " ..dan sempat lagi aku berpesan pada ibu .....

" Usah berlebihan ya bu "

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu.

"Insyirah , jom makan ! "

Aku hanya tersenyum . Sejak akhir-akhir ini aku begitu murah denagn senyuman .

" Tafadhal ana puasa "

Sahabiah juga semakin galak mengusik

"Wah Insyirah , dah diet sekarang ? Maklumlah hari bahagia dah makin hampir..."

" Bukan diet tapi mahu mengosongkan perut "
................................................................................................

" Innalillahi wa innailaihirajiun ... "

" Tenangnya, subhanallah . Allahuakbar ."

" Moga Allah memberkatinya .... "

Allah ,itu suara sahabat-sahabat seperjuanganku yang sedang bercakap dengan ibu .

Akhirnya aku selamat dinikahkan . Alhamdulillah.. Sahabat sahabiah ramai yang datang di walimahku walaupun aku tidak menjemput sendiri .

Dalam sedar dan tidak sedar..

Hampir setiap malam menjelang pernikahan ku sentiasa ada suara sayu yang menangis di hening malam , dalam sujud.... sayup-sayup hatinya merintih .Air matanya mengalir deras , hanya Allah yang tahu .

Akhirnya Jamilah bertanya kepada ibu beberapa hari kemudian .

" Insyirah bertunang dengan sipa mak cik ? "

Ibu tenang menjawab , " Dengan kematian wahai anakku .Kanser tulang yang pada mulanya hanya pada tulang belakang telah merebak pada tangan , kaki ,dan otaknya .Kata doktor Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh .

" Allahuakbar ..." , terduduk Jamilah mendengar cerita yang sebenarnya . Air mata tidak mampu ditahan lagi .

" Buku yang sering di bacanya , malam pertama ...... "

Ibu angguk tersenyum lembut , " nah nak ini bukunya" senaskah buku bertukar tangan . Buku karangan Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama Di Alam Kubur '.

" Ya Allah patutulah Insyirah selalu menangis mak cik . Jamilah tak tahu mak cik " .

" Dan sejak dari hari di 'khitbah ' lagi Insyirah selalu berpuasa . Katanya mahu mengosongkan perut .Senang waktu di mandikan .

Jamilah masih kaku . Tiada suara yang terlontar .Matanya masih kaku memandang diari pemberian ibu yang bertukar tangan .

" Satu cincin ini aku pakaikan sebagai tanda aku telah dirisik oleh MAUT .Dan satu cincin lagi tanda aku telah bernikah dengan MAUT . Dan aku sabar menanti tarikh tibanya hari tersebut . Aku tahu ibu akan tenang menerimanya ,baginya anak adalah pinjaman dari Allah yang perlu dipulangkan pada Allah apabila di minta .

* Ianya bukan kisah ana ( Insyirah ) tetapi kisah kita semua *




















Monday, May 24, 2010

istimewa buat bakal pengantin

Barakallah ~ maher zain

We're here on this special day
Our heart are full of pleasure
The day that brings the two of you
Close together

We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our head and make du'a
Like the Prophet thought us
And with one voice let's all say...say...say...

Baraka-alahu-lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama bainakuma fi khoir

Baraka-alahu-lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama bainakuma fi khoir

From now and you'll share all yours joys
Parts of you'll support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will bring your life
With happiness and blessings
And grant your kids
And make your home filled with laughter

Let's raise our head and make du'a
Like the Prophet thought us
And with one voice let's all say...say...say...

Baraka-alahu-lakuma
Wa baraka alakuma
Wa jama bainakuma fi khoir


Baraka-alahu-lakuma
Wa baraka alakuma
Wa jama bainakuma fi khoir

Baraka Allah
Baraka Allah
Baraka Allah
Baraka Allah

Baraka allahu lakum wa lana
Baraka allahu lakum wa lana
Allah barik lahuma
Allah adm hobahuma
Allah 'sali wasalim ala rasul ellh
Allah tub alaina
Allah erdha lana
Allah ehdi khutana
Ala sunat nabina

Let's raise our head and make's du'a
Like the prophet thought us
And with one voice let's all say...say...say...

Baraka-alahu-lakuma
Wa baraka ala kuma
Wa jama' bainakuma fi khoir



*p/s selamat pengantin baru buat bakal-bakal pengantin..cepat atau lambat..semoga perkahwinan ini adalah satu marhalah dalam dakwah dan kebahagiaan yang dikecapai hanyalah satu,iaitu demi mencapai redha Allah....~peringatan bt diri ini juga :)




















Saturday, May 22, 2010

.... Aku Menunggumu ....

Isi hati sang ikhwah


Wahai zaujahku ,

Aku mengerti di mana kamu ,
Kamu sedang letih berjuang ,
Kamu sedang lelah berdakwah ,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah .

Aku tidak tahu siapa kamu ,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu ,
Kerana itu , aku tidak pernah memandang wanita lain ,
Pandanganku ku tundukkan , bual mesra dengan wanita lain ku elakkan ,
Kerana semua itu hanya layak untukmu .


Yang ada di sisiku hanya Ayat-ayat Cinta Allah iaitu Al-Quran ,
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti ,


Zaujahku ,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati ,
Kerana jalan yang akn kita lalui sangat berat ,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku ,
Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku ,
Dan kau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah .


Zaujahku ,
Aku belum pernah memandang fizikalmu ,

Kerna nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijabkabulkan .
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu ,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah ,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahiddin .


Kerana itu ,
kita harus bersedia zaujahku ,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah .


Dari Sang Akhwat



Wahai zaujku ,
Aku mengerti kau sedang menungguku ,
Aku mengerti kau merinduiku ,
Namun segalanya kau tundukkan kerana kau tidak mengenal siapa diriku .


Aku tahu kau sedang berjuang ,
Kau sedang lelah berdakwah ,
Ke sana sinidengan pelbagai program dakwah ,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah .


Namun sabarlah ,
Aku sedang menunggumu ,
Aku juga sedang letih seperti kamu ,
Kerana setianya padaku ,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat di hati ,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku ,
Kerana perasaanku telah aku simpanku untukmu ,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu .



Zaujku ,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu ,
Kerana aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti ,
Bukan paras rupa semata-mata .

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu







" Ya Allah kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain ,oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal . Namun , kami yakin Engkau menghijab kami agar kamisentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang di perlukan . Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila kami benar-benar bersedia . Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu .

Menuju redhaMu ... "

Monday, May 17, 2010

Wajah Suci Itu

Atas kesedaran diri akhirnya lahirnya entri ini bagi tatapan semua.Susah untuk di gambarkan perasaan ini saat melihat remaja-remaja di luar sana yang begitu lalai dan alpa dengan dunia ciptaan mereka sendiri tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan mereka itu sendiri . Mutakhir ini juga kita sering ditayangkan di dada-dada akhbar ,melihat di televisyen tentang kebanyakan kes-kes pembuangan bayi yang sekarang ini sudah menjadi suatu kebiasaan di kalangan remaja-remaja Islam hari . "Antara kes terbaru seorang pelajar perempuan belasan tahun telah ditahan disyaki terlibat dalam penemuan seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditanam ditebing sungai secara sulit.Turut terlibat teman lelakinya yang membantu dalam proses penyembunyian bayi tersebut.Kedua-dua akan ditahan untuk proses selanjutnya.... "petikan daripada akhbar harian metro selasa 18 mei 2010.



Alangkah betapa kesiannya si anak kecil yang tidak mengerti apa-apa namun belum sempat dia memanggil ibu , dibuang sesuka hati oleh insan yang tidak mengenal dosa.




Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih , bergantung kepada ibubapa yang mencorakkan . Maka didiklah ia dengan sebaik-baiknya mengikut acuan yang telah dianjurkan oleh Islam itu sendiri... I'Allah akan lahirnya generasi yang berakhlak mulia.


Ingatlah , cara orang tua kita mendidik anak-anak dari hati yang sarat dengan iman dan taqwa kepada Allah Taala. Mengapa perlu berlakunya kejadian seperti hari ini yang kian menjadi-jadi ? Anda sendiri tahu jawapannya.. Jangan biarkan generasi kita mengalami perkara yang sama kita alami, kerana kita tidak tahu adakah kita dapat mengawal mereka ataupun tidak...nauzubillah.. moga perkara seperti ini dapat diatasi dari semasa ke semasa jika Islam diamalkan sepenuhnya....





Sunday, May 16, 2010

Keluarga Idaman

Setiap insan mendambakan keluarga yang bahagia.Namun sebelum mencapai impian tersebut persiapan diri amatlah penting baik dari segi ilmu rumahtangga , agamanya , pengurusan kewanganlah dan pelbagai lagi. Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a'yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan daripadanya.Ketengan inilah yang paling indah dan dikatakan " rumahku syurgaku ". Isteri yang solehah akan menjalankan aktiviti yang berfaedah di rumah bersama anak-anak sepeninggalan si suami ke tempat kerja.Jika sekarang menjadi kebiasaan wanita bekerjaya ini tidak membataskan atau menghalang si ibu dalam mendidik anak-anak dengan didikan yang telah dianjurkan oleh Islam itu sendiri.Dan dari segi inilah kebijaksanaan si ibu dan ayah amat diperlukan dalam mengatur strategi misalnya pada waktu malam selepas solat berjemaah bersama keluarga mengadakan sesi perbincangan atau pun discusion secara tak langsung dapat mengeratkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.Secara umumnya hati akan tenang bila mengingati Allah.... " Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang " ( surah ar-Ra'd : 28 ).
Kehidupan yang sempit selepas perkahwinan adalah kesan daripada kehidupan sebelum perkahwinan itu sendiri.Sebab itu wajarlah mengikut formula-formula yang Islam telah anjurkan.Formula tersebut itu adalah hadis-hadis nabi dan Al-Quran itu sendiri. I'allah dengan mengikuti formula-formula tersebut akan lahirnya baitul muslim dan lahirnya generasi-generasi yang soleh dan solehah.Jika semua ini diikuti dari pemilihan jodoh itu sendi akan lahirnya ketenangan yang menjadi mahalnya dalam sesebuah perkahwinan.


Antara tips untuk membina baitul muslim yang cemerlang :
~mengasuh anak-anak membaca buku ilmiah

~mementingkan ikatan yang erat antara keluarga

~sentiasa solat berjemaah bersama-sama

~sentiasa membaca al-Quran dan membiasakan mulut dengan ayat-ayat al-Quran

~mengamalkan ibadat-ibadat sunat bersama-sama keluarga

~menjadikan baginda saw sebagai qudwah hasanah




Saturday, May 15, 2010

selangkah ke alam pekerjaan



Kadang-kadang keadaan membuatkan kita menjadi berdikari.Setuju tak ? Tanggal 17 Mei 2010 kami telah mendaftar untuk menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan di sebuah IPTA .Seawal pagi telah sampai ada yang datang samada dengan parents ataupun datang sendiri.Namun aku dan seorang sahabat memilih untuk datang sendiri.Ingin berdikari katanya.Ibu ingin menghantar namun ku tegaskan tidak perlulah untuk menghantarkan ku kesan bukan niat untuk menghalang namun tidak mahu menyusahkan.Biarlah anakmu ini belajar untuk berdikari.Alhamdulillah kami selamat sampai.Daftar bersama-sama teman yang lain.Pertama kali datang ke sini sangat teruja.Subahanaallah cantik pemandangan di sini.Dengan penempatan kami kaum hawa di sini berlatar belakangkan bukit yang menghijau dan tambahan lagi desa kamilah yang paling tiggi diatas bukit.Dari jauh dah nampak.


Desa kami terletak diluar kampus manakala pelajar lelaki pula di dalam kampus.Minggu pertama hingga ketiga alhamdulillah perkhidmatan bas masih disediakan , jadi dapatlah kami mengurangkan penggunaan tenaga dan kudrat kami mendaki dan turun bukit.Masuk minggu ke-4 kami terpaksalah berjalan Tidak dapat kami bayangkan kami perlu melalui semua ini. Namun setelah menjadi rutin harian kami kepenatan itu tidak terasa lagi.Alah bisa tegal biasa.Perjalanan kami memakan masa lebih kurang setengah jam.

Di makmal pula staf-staf pula baik dan bersedia membantu kami yang dalam proses pembelajaran.Kami diperkenalkan dengan peralatan-peralatan yang lebih moden berbanding yang terdapat di makmal kami.

Kemesraan di kalangan teman-teman kian akrab dan rapat.Susah senang di kongsi bersama memandangkan keluarga tiada di sisi tidak kira sesama muslim atau pun non muslim.



Hari berganti hari , minggu berganti minggu waktu untuk pulang kian hampir .Sedih menyelubungi hati untuk meninggalkan tempat ini kerana tahu entah bila diri ini akan sampai lagi ke sini .Disinilah banyak kami menimba ilmu dan mencipta kemesraan antara kami. Setiap perkara yang dilalui banyak mematangkan diri dan semoga membuatkan diri kita tabah menghadapi masa hadapan.



















Salam Bicara


Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan.Alhamdulillah akhirnya tercapai juga impian untuk membuat blog ini.Actually diri ini bukanlah mahir dalam bidang penulisan mauhupun dalam bidang sasterawan untuk menulis bait-bait kata yang indah , namun entah mengapa hati kecil ini teringin sangat untuk menghasilkan blog ini.Blog ini dihasilkan bukanlah semata-semata untuk tayangan ataupun menunjukkan bakat tetapi diri ini sangatlah mengharapkan dengan terhasilnya blog ini nanti dapatlah kita bersama-sama berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat seperjuangan , merapatkan lagi ukuwah kita , berkongsi pendapat dan sebarang komen ataupun nasihat amatlah dihargai daripada sahabat-sahabat semua dalam mematangkan diri ini di masa hadapan kerana masa depan yang kita akan hadapi tersangatlah mencabar.Semoga kita semua dapat meneruskan perjuangan Islam yang telah diwariskan kepada kita.