Wahai zaujahku ,
Aku mengerti di mana kamu ,
Kamu sedang letih berjuang ,
Kamu sedang lelah berdakwah ,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah .
Aku tidak tahu siapa kamu ,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu ,
Kerana itu , aku tidak pernah memandang wanita lain ,
Pandanganku ku tundukkan , bual mesra dengan wanita lain ku elakkan ,
Kerana semua itu hanya layak untukmu .
Yang ada di sisiku hanya Ayat-ayat Cinta Allah iaitu Al-Quran ,
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti ,
Zaujahku ,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati ,
Kerana jalan yang akn kita lalui sangat berat ,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku ,
Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku ,
Dan kau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah .
Zaujahku ,
Aku belum pernah memandang fizikalmu ,
Kerna nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijabkabulkan .
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu ,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah ,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahiddin .
Kerana itu ,
kita harus bersedia zaujahku ,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah .
Dari Sang Akhwat
Wahai zaujku ,
Aku mengerti kau sedang menungguku ,
Aku mengerti kau merinduiku ,
Namun segalanya kau tundukkan kerana kau tidak mengenal siapa diriku .
Aku tahu kau sedang berjuang ,
Kau sedang lelah berdakwah ,
Ke sana sinidengan pelbagai program dakwah ,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah .
Namun sabarlah ,
Aku sedang menunggumu ,
Aku juga sedang letih seperti kamu ,
Kerana setianya padaku ,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat di hati ,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku ,
Kerana perasaanku telah aku simpanku untukmu ,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu .
Zaujku ,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu ,
Kerana aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti ,
Bukan paras rupa semata-mata .
Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu

" Ya Allah kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain ,oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal . Namun , kami yakin Engkau menghijab kami agar kamisentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang di perlukan . Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila kami benar-benar bersedia . Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu .
Menuju redhaMu ... "
No comments:
Post a Comment