Wednesday, February 16, 2011

Bahasa

Salam ukhwah

Alhamdulillah masih berpeluang merasai nikmatNya. Alhamdulillah

Fikir dan berfikir tajuk apa yang ingin dikisarkan kali ini. Begitu banyak ingin dikongsikan namun diri ini bukanlah arif dalam bidang penulisan. InsyaAllah mencuba sekadar termampu.

Seronok belajar bahasa arab. Sudah lama rasanya ditinggalkan namun bukan bermakna terus dilupai. Semakin belajar semakin suka, semakin mendalami rupanya makin banyak perkara baru yang diperoleh. Alhamdulillah berpeluang jua belajar bahasa arab semester terakhir ini bersama sahabat-sahabat. Ingat-ingat lupa. Apabila belajar kembali alhamdulillah satu persatu apa yang diajar dahulu ingat kembali.

Ustaz tak jemu mengajar kami. Macam berada dalam kelas tadika pula. Syukran ustaz. Tak jemu melayan kami dan setiap pertanyaan kami. Kata ustaz hanya satu perkataan sahaja ada dikalangan sahabat ustaz membuat tesis contohnya huruf nun, lam boleh dijadikan tesis...subahanallah. Bahasa arab bukan mudah seperti bahasa melayu namun tidak jua sukar.pelik yer =) pelajarilah jika berpeluang.


Bahasa arab bahasa syurga

bahasa arab bahasa al quran

sukar bagaimanapun jika belajar pasti temui jalannya

usah mencipta seribu alasan demi mencari ilmuNya

" maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan "

[ al insyirah:5 ]

Semakin belajar semakin seronk. Pening juga kami ustaz. Ustaz latih kami bercakap. Menari macam kat arab pula. Kata ustaz bahasa arab jangan tinggal, jika tinggal akan lupa. Tak rugi belajar boleh guna sampai bila-bila.. Setuju dengan ustaz. wallahua'lam

17/2/2011

Sempat lagi ambil masa tengah study untuk test English of Occupational Purpose
bahasa juga
belajar banyak bahasa akhirnya menemui yang SATU
subahanallah ...
rindu zaman sekolah dahulu =)

Monday, February 14, 2011

menuju wawasan

Alhamdulillah sudah lama tangan ini tidak mencoretkan di wadah ini. Banyak yang ingin dikongsikan namun kekangan masa kian menghimpit namun syukur akhirnya diberi jua kesempatan ini. Begitu banyak yang ingin dikongsikan namun kesukaran untuk menyusun ilham ini.
Dicuba jua menyampaikan dengan bait-bait perkataan yang terbaik..
setiap individu itu perlu menyampaikan walau dengan satu ayat..

" sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan "
[ ash shaff: 3 ]

setiap individu itu mempunyai bakat tersendiri. Mampu atau tidak? insyaAllah belakan parang diasah lagikan tajam inikan pula kita. Berusahalah dan usah mudah berputus asa. Kadangkala kegagalan itu membuatkan kita menghargai kejayaan yang tiba kerana kita telah merasai kegagalan itu. Jangan dibiarkan kegagalan menjadi penyebab untuk mencapai kejayaan. Namun kegagalan yang hadir pembakar semngat untuk mencapai mardhatillah.
Salam maulidr rasul.. singkapi sejarah baginda. subahanallah hebatnya baginda, qudwah hasanah buat semua..
hayatilah dendangan ini




14/2/2011

terasa bersemangat
berusaha demi mencapai mardhatillah
usah jemu dan lesu
jadikan tiap langkah terus bersemngat
demi islam !!
rindunya pada sahabt2 kian terasa
moga dipertemukan jua satu hari nanti =)