Tuesday, January 10, 2012

Minggu persekolahan


Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW...

Alhamdulillah setelah beberapa bulan menyepi akhirnya di beri kesempatan jua meluangkan masa di blog ini yang telah lama sepi....

Kekangan masa dan tanggungjawab. InsyaAllah perlu uruskan masa dengan lebih baik.
Minggu pertama persekolahan agak sibuk dengan pelbagai ragam para pelajar.

Bersama-sama dengan mereka dalam masa yang sama mendidik diri kita jua. Dalam mengajar dan mendidik mereka ,didiklah diri kita dahulu. Buat yang bakal mengakhiri zaman solo , yang bakal menjadi ibu dan bapa...ilmu itu yang penting. insyaAllah. Persiapan dalam mendidik bakal generasi masa depan... masa depan Islam.


bacaan mathurat dan solat berjemaah
10 Januari 2012


moga diberi kesabaran dan kekuatan dalam mendidk mereka
perlu lebih banyak idea dan kreativiti

* syahidah ~ moga jd seorang ustazah yang baik dan sabar melayan kerenah mereka =)

Sunday, July 17, 2011

Belajar



Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi dari entry ini akhirnya dapat lagi kembali

Syukur padaNya masih diberi nikmat iman dan kesihatan. 3hari terlantar kerana demam. semua kerja tergendala. Tapi alhamdulillah ada adik-adik yang membantu kakaknya.

Pentingnya nikmat kesihatan. Jika sakit, semua kerja dilakukan terasa lemah, tidak sempurna dan kerana itu bersyukurlah atas kesihatan yang dianugerahkan.

Hargailah 5 perkara sebelum datang 5 perkara dan antaranya sihat sebelum sakit...Kerdilnya diri ini..


Apabila ingat waktu demam tersenyum sendirian bersama adik 3 tahun usianya

'adik, picit kepala kak... cepatlah cakit ni...
adik ( sambil baring) ,kak-kak picit ale adik...adik demam'

itulah kanak-kanak akan belajar setiap apa yang berlaku di depannya... kadang-kadang kita tidak menyedari setiap yang kita lakukan menjadi perhatian mereka... jadi duhai kakak dan abang sekalian jadilah guru dan contoh yang baik buat adik-adik kita kerana merekalah yang akan menjadi generasi akan datang.

Bukan apabila sudah besar baru hendak dididik tetapi dari sekarang....dalam masa nak menjadi contoh buat mereka ,kita jua terdidik... cantik kan?

petang-petang berkebun:

kak-kak ni ap? ni pokoklah adik
kak-kak ni ap? ni daun

kak-kak ni ap? ni bunga
kak-kak ni ap? ni semut

[tersenyum melayan kerenahnya]

malam menonton:

kak-kak ape-ape? dia matilah dik
kak-kak ape? mak dia marah


[macam-macam pertanyaan]





17/7/2011

ni baru dapat update
kalu ada dia , mesti dia nk tolong taipkan sekali =)
apapun sayang adik, seronok layan kerenah adik
moga besarmu nanti menjadi hamba yang taat dan anak yang soleh

Friday, March 25, 2011

Rindu

Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam... moga terus dalam rahmat dan kasih sayangNya

Berkasih sayanglah sesama lain tidak kira musuh atau kawan.
walau pahit manis semuanya dariNya... sabarlah menghadapinya
insyaAllah ada kemanisan diakhirnya

Tiada ungkapan yang dapat digambarkan betapa Rasulullah saw kasih pada semua umatnya

Baginda sabar walau sering ditohmah, dicaci sewaktu awal kedatangan Islam.

Baginda tidak menyimpan dendam malah mendoakan mereka

subahanallah begitu murni hati baginda

rindunya pada kekasih Allah

moga kita semua mendapat syafaat di akhirat kelak

amin...

suatu ketika sewaktu rasulullah saw dan para sahabat ingin menunaikan solat jemaah didatangilah seorang badwi di masjid nabi. Orang Badwi tersebut kencing di dalam masjid. Sahabat-sahabat yang hadir ketika itu marah terhadap orang badwi tersebut dimana masjid adalah tempat yang suci untuk beribadat. Namun sebaliknya berlaku pada rasulullah habiballah. Baginda tidak memarahi orang badwi tersebut malah baginda membasuh tempat yang telah dikencing oleh orang badwi tersebut. Sahabat-sahabat baginda menyedari betapa mulianya akhlak baginda saw.
Baginda qudwah hasanah yg perlu dicontohi dan diikuti

sama-samalah susuri sirah baginda

semakin disusuri bertambah sayang

semakin disusuri bertambah rindu

oleh itu sentiasalah berselawat pada baginda rasulullah saw

setiap masa setiap waktu


26/3/2011

rindu pada majlis qasidah

syukran pada sahabat-sahabat diberi kesempatan hadir bersama

rindu, rindu,rindu

kanak-kanak yang comel mengalunkan qasidah

moga kita istiqamah

syukran kak yuni dan tun =)

sahabat-sahabat yang turut bersama

Alhamdulillah atas nikmatNya ini

Wednesday, March 2, 2011

Training interview

interview??



alhamdulillah selesai jua sesi latihan interview tadi..tahniah buat semua performance yang baik. alhamdulillah. walaupun sekadar latihan namun perasaan gementar masih ada. itupun sesi interview sesama kita. Moga interview akan datang dipermudahkan insyaAllah..

Untuk yakin dalam interview perlulah yakin dan membuat persiapan yang awal. Banyak teknik dipelajari. Begitu jua interview kita denganNya.. sudahkah diri kita bersedia untuk bertemuNya? perlulah kita membuat persiapan yang awal. Menambah bekalan untuk dibawa berjumpa denganNya. InsyaAllah sama-sama kita membuat persiapan bekalan menuju yang SATU.


Bezanya interview untuk kerjaya jika gagal boleh hadir interview akan datang.. namun interview untuk bertemu denganNya antara dua pilihan. SYURGA ataupun NERAKA .. nauzubillah..

moga kita semua mendapat syafaat NABIYAALLAH, RASULULLAH,HABIBAALLAH

insyaAllah.

rupa-rupanya tinggal dalam 3 bulan lagi belajar. Namun tak bermakna berhenti disini. Ilmu masih dicari dan terus mencari. Semakin dicari semakin banyak yang tak tahu. Subahanallah sesungguhnya ilmu Allah itu luas. Allah mengangkat hambanya yang berilmu. Marilah sama-sama mencari ilmu.. usah jemu dan terus maju =)


2/3/2011

hari ini kan berlalu

esok menanti

hari bertemuNya kian hampir

cukupkah bekalan yang ingin dibawa??

Ya Allah selamatkanlah hambaMU ini dan seluruh muslimin muslimat

kuatkanlah kami

amin





Wednesday, February 16, 2011

Bahasa

Salam ukhwah

Alhamdulillah masih berpeluang merasai nikmatNya. Alhamdulillah

Fikir dan berfikir tajuk apa yang ingin dikisarkan kali ini. Begitu banyak ingin dikongsikan namun diri ini bukanlah arif dalam bidang penulisan. InsyaAllah mencuba sekadar termampu.

Seronok belajar bahasa arab. Sudah lama rasanya ditinggalkan namun bukan bermakna terus dilupai. Semakin belajar semakin suka, semakin mendalami rupanya makin banyak perkara baru yang diperoleh. Alhamdulillah berpeluang jua belajar bahasa arab semester terakhir ini bersama sahabat-sahabat. Ingat-ingat lupa. Apabila belajar kembali alhamdulillah satu persatu apa yang diajar dahulu ingat kembali.

Ustaz tak jemu mengajar kami. Macam berada dalam kelas tadika pula. Syukran ustaz. Tak jemu melayan kami dan setiap pertanyaan kami. Kata ustaz hanya satu perkataan sahaja ada dikalangan sahabat ustaz membuat tesis contohnya huruf nun, lam boleh dijadikan tesis...subahanallah. Bahasa arab bukan mudah seperti bahasa melayu namun tidak jua sukar.pelik yer =) pelajarilah jika berpeluang.


Bahasa arab bahasa syurga

bahasa arab bahasa al quran

sukar bagaimanapun jika belajar pasti temui jalannya

usah mencipta seribu alasan demi mencari ilmuNya

" maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan "

[ al insyirah:5 ]

Semakin belajar semakin seronk. Pening juga kami ustaz. Ustaz latih kami bercakap. Menari macam kat arab pula. Kata ustaz bahasa arab jangan tinggal, jika tinggal akan lupa. Tak rugi belajar boleh guna sampai bila-bila.. Setuju dengan ustaz. wallahua'lam

17/2/2011

Sempat lagi ambil masa tengah study untuk test English of Occupational Purpose
bahasa juga
belajar banyak bahasa akhirnya menemui yang SATU
subahanallah ...
rindu zaman sekolah dahulu =)

Monday, February 14, 2011

menuju wawasan

Alhamdulillah sudah lama tangan ini tidak mencoretkan di wadah ini. Banyak yang ingin dikongsikan namun kekangan masa kian menghimpit namun syukur akhirnya diberi jua kesempatan ini. Begitu banyak yang ingin dikongsikan namun kesukaran untuk menyusun ilham ini.
Dicuba jua menyampaikan dengan bait-bait perkataan yang terbaik..
setiap individu itu perlu menyampaikan walau dengan satu ayat..

" sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan "
[ ash shaff: 3 ]

setiap individu itu mempunyai bakat tersendiri. Mampu atau tidak? insyaAllah belakan parang diasah lagikan tajam inikan pula kita. Berusahalah dan usah mudah berputus asa. Kadangkala kegagalan itu membuatkan kita menghargai kejayaan yang tiba kerana kita telah merasai kegagalan itu. Jangan dibiarkan kegagalan menjadi penyebab untuk mencapai kejayaan. Namun kegagalan yang hadir pembakar semngat untuk mencapai mardhatillah.
Salam maulidr rasul.. singkapi sejarah baginda. subahanallah hebatnya baginda, qudwah hasanah buat semua..
hayatilah dendangan ini




14/2/2011

terasa bersemangat
berusaha demi mencapai mardhatillah
usah jemu dan lesu
jadikan tiap langkah terus bersemngat
demi islam !!
rindunya pada sahabt2 kian terasa
moga dipertemukan jua satu hari nanti =)