Sunday, July 17, 2011

Belajar



Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi dari entry ini akhirnya dapat lagi kembali

Syukur padaNya masih diberi nikmat iman dan kesihatan. 3hari terlantar kerana demam. semua kerja tergendala. Tapi alhamdulillah ada adik-adik yang membantu kakaknya.

Pentingnya nikmat kesihatan. Jika sakit, semua kerja dilakukan terasa lemah, tidak sempurna dan kerana itu bersyukurlah atas kesihatan yang dianugerahkan.

Hargailah 5 perkara sebelum datang 5 perkara dan antaranya sihat sebelum sakit...Kerdilnya diri ini..


Apabila ingat waktu demam tersenyum sendirian bersama adik 3 tahun usianya

'adik, picit kepala kak... cepatlah cakit ni...
adik ( sambil baring) ,kak-kak picit ale adik...adik demam'

itulah kanak-kanak akan belajar setiap apa yang berlaku di depannya... kadang-kadang kita tidak menyedari setiap yang kita lakukan menjadi perhatian mereka... jadi duhai kakak dan abang sekalian jadilah guru dan contoh yang baik buat adik-adik kita kerana merekalah yang akan menjadi generasi akan datang.

Bukan apabila sudah besar baru hendak dididik tetapi dari sekarang....dalam masa nak menjadi contoh buat mereka ,kita jua terdidik... cantik kan?

petang-petang berkebun:

kak-kak ni ap? ni pokoklah adik
kak-kak ni ap? ni daun

kak-kak ni ap? ni bunga
kak-kak ni ap? ni semut

[tersenyum melayan kerenahnya]

malam menonton:

kak-kak ape-ape? dia matilah dik
kak-kak ape? mak dia marah


[macam-macam pertanyaan]





17/7/2011

ni baru dapat update
kalu ada dia , mesti dia nk tolong taipkan sekali =)
apapun sayang adik, seronok layan kerenah adik
moga besarmu nanti menjadi hamba yang taat dan anak yang soleh

No comments:

Post a Comment