Saturday, June 19, 2010

zikrullah




salam sahabat-sahabat semua..asif lama xupdate blog ni..kekangan masa menyebabkan jarang dapat meluangkan masa di sini.. alhamdulillah di beri kesempatan masa di sini .. marilah sama-sama luangkan masa bersama-sama berzikir .. selamat berzikir !!

Thursday, June 10, 2010

Tarbiyah Berterusan


Benarlah untuk naiknya darjat iman seseorang disisi Allah adalah hadirnya tarbiyah yang berterusan. Beruntungnya seseorang itu andai termasuk dalam golongan ini. Subhanallah. Tarbiyah yang silih berganti mengajar kita bagaimana kita menangani masalah yang dihadapi.Adakah dengan mengikut hawa nafsu, adakah dengan melayan perasaan atau adakah dengan muhasabah diri dan taqarrab ila Allah. Bibir mudah mengucap sabar namun hatilah yang merasainya. Kita tidak mampu untuk puaskan hati semua orang. Namun dalam membawa imej Islam kadangkala diri sering menjadi tatapan orang sekeliling. Sering dianggap sempurna sedangkan hanyalah hamba yang lemah sentiasa dalam proses tarbiyah dan muhasabah diri. Tidak lari dari membuat kesilapan, mengharapkan teguran dan nasihat berterusan dari insan yang memahami. Namun insan-insan lain hanya berdiam seribu bahasa.


Renung sejenak andai di minta mendaki ke puncak tertinggi ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi dan bukannya dalam sekelip mata sahaja kita berjaya sampai ke puncaknya. Begitu juga dengan tahap keimanan seseorang dengan Allah swt. Dalam peningkatan iman seseorang, dia akan sering di uji dan terus di uji. Ujian yang hadir membuatkan diri menjadi lebih matang dan merasai betapa manisnya, indahnya tarbiyah yang Allah kurniakan.

Benarkah hati manusia sukar di tafsir? Apa yang ingin disampaikan kadang kala sering di salah ertikan dan kadang kala apa yang ingin di sampaikan tidak sampai. Berterus terang adalah jalan yang terbaik dalam ukhwah, mengapa kadang kala wujudnya perasaan ego? Ianya akan menjadi duri dalam daging sendiri. Beralah bukan bererti kalah dan mempertahankan ego bukan bererti menang. Namun dalam berbicara, perlulah berhati-hati. Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan. Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya. InsyaAllah andai hubungan dengan Allah baik, secara tidak langsung sesama manusia akan terjaga.


Monday, June 7, 2010

ketaatan pada kedua orang tua



Ibu dan ayah ... satu nama cukup agung selepas Allah dan rasul..Tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini .Namun mengapa sejak akhir-akhir ini kita sering di khabarkan dengan berita-berita yang begitu menyedihkan dan memilukan?? sama-sama renungkan .

Ramai anak yang tidak mengapa apabila dituduh anak menderhakai kepada ibubapa. Namun, siapa yang dapat menafikan ayat Allah dan hadis Rasulullah saw yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besaryang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab kepada kedua orang tua mereka.

Allah swt berfirman dan maksudnya :'Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. apabila salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam peliharaanmu' ( surah al isyra :23 )

Rasulullha saw lebih jelas menegaskan bahawa dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud :" Mahukah kamu aku khabarkan kamu satu dosa besar? Kami ( sahabat menjawab: Ya tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda : " Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, menderhakai ibubapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta. Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam. ( hadis riwayat imam bukhari )

Semua anak mengaku sudah memenuhi hak kedua ibubapanya walaupun hati tak merindui, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenangkan keuzuran mereka, pemegang kunci syurga mereka di akhirat kelak. Tetapi mereka lupa.

Lantas mereka lalai dan lupa terhadap ibubapa mereka lantaran kesibukan dengan kerjaya masing-masing. Kurangnya masa bersama mereka. Apalah yang diharapkan oleh ibubapa kita? Bukannya wang ringgit yang dihulurkan ,barang-barang mahal pengganti diri, namun mereka amatlah mengharapkan kemesraan dan masa yang dihabiskan bersama-sama seperti kita masih kecil bersama-sama mereka. Tetapi anak-anak tidak menjaga perasaan mereka. Kasihan ibu,kasihan ayah. Pilu hati mereka mengenangkan anak-anak yang begitu sibuk.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada ibubapa melebihi pahala berjihad fisabilillah seperti sabda nabi saw yang bermaksud daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata ," Saya bertanya kepada nabi saw ", " Amalan apakah yang disukai oleh Allah swt ? Baginda bersabda "solat pada waktunya ", saya bertanya lagi. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda : berbuat baik pada kedua orang tua. Saya bertanya lagi. Kemudian apa lagi? baginda bersabda : berjihad dijalan Allah ". ( HR bukhari dan muslim )

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas ialah kasih sayang terhadap ibubapa. Anak yang soleh dituntut membalas mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga dari wang beribu ringit.







Saturday, June 5, 2010

Renungan


Jika kejahatan di balas kejahatan , itu adalah dendam

Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah biasa

Jika kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim

Tapi jika kejahatan di balas kebaikan itu adalah itu adalah mulia dan terpuji ...

Terhenti seketika

Terdetik seketika, beginikah remaja-remaja Islam hari ini?? lemah dengan nafsu sendiri. Nun jauh di sana, saudara-saudara seagama kita amat memerlukan pertolongan kita walaupun kita disini hanya mampu berdoa, kerana doa itulah senjata orang mukmin. Janji Allah itu pasti.

Apa yang ingin dibicarakan, perancangan awal ingin tadabbur alam. Tergendala seketika. Alhamdulillah rezeki Allah mencurah ke bumi. Subhanallah damai,tenang dan alhamdulillah sungguh indah nikmat ini. Namun penghayatan terhenti seketika, betulkah? Apa yang berlaku di tempat terbuka ini?

Tidak tahan dengan perbuatan sepasang couple di dalam kereta, lantas ana bersama sahabat bersiap keluar blok. Kami berdiri berhampiran kereta mereka. Alhamdulillah syukurillah Allah campakkan sedikit perasaan malu dalam diri mereka. Perbutan tidak bermoral yang sangat melampau terhenti. Akhirnya si lelaki berlalu pergi meninggalkan perempuan tersebut. Apa yang hendak dinyatakan disini ,beginikah keadaan remaja-remaja sekarang ?? Semoga Allah memberi hidayah pada mereka.

Menangis hati kecil melihat anak bangsa kian hilang maruahnya sedang kanak-kanak kecil di bumi palestin sedang berjuang mempertahankan Islam. Bangkitlah wahai jiwa-jiwa Islam, bersatu, berdoa terus berdoa, berjuang demi Islam. Janji Allah itu pasti ..

Wednesday, June 2, 2010

wanita itu rumput semalu

Pada suatu hari , Rasulullah saw berjalan-jaln bersama puteri baginda , Saidatina Fatima ra,setibanya mereka di sebuah pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu dan menyebabkan kainya berdarah lalu mengadu kesakitan .

Fatimah mengatakan kepada bapanya mengapalah pokok semalu itu ada di situ dengan nada yang sedikit marah . Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita . Fatimah terkejut . Rasulullah menyambung kembali kata-katanya. Para wanita hendaklah mengambil daripada pengajaran daripada pohon semalu in daripada 4 aspek .

Pertama , pohon semalu akan kuncup apabila ianya disentuh . Ini boleh diibaratkan ,bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya) .

Kedua ,semalu mempunyai duri untuk mempertahankan dirinya . Oleh itu , wanita perlu mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita muslim .

Ketiga , pohon semalu mempunyai akar tunjang yang kuat mencengkam bumi . Ini bermakna wanita solehah perlulah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin .

Dan akhir sekali semalu akn kuncup dengan sendirinya apabila menjelang senja .Oleh itu ,para wanita sekalian , kembalilah ke rumah kamu apabila hari semakin senja .

Ambillah pengajaran dari pohon semalu walaupun ianya hanyalah tumbuhan yang kecil .