Monday, June 7, 2010

ketaatan pada kedua orang tua



Ibu dan ayah ... satu nama cukup agung selepas Allah dan rasul..Tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini .Namun mengapa sejak akhir-akhir ini kita sering di khabarkan dengan berita-berita yang begitu menyedihkan dan memilukan?? sama-sama renungkan .

Ramai anak yang tidak mengapa apabila dituduh anak menderhakai kepada ibubapa. Namun, siapa yang dapat menafikan ayat Allah dan hadis Rasulullah saw yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besaryang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab kepada kedua orang tua mereka.

Allah swt berfirman dan maksudnya :'Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. apabila salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam peliharaanmu' ( surah al isyra :23 )

Rasulullha saw lebih jelas menegaskan bahawa dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud :" Mahukah kamu aku khabarkan kamu satu dosa besar? Kami ( sahabat menjawab: Ya tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda : " Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, menderhakai ibubapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta. Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam. ( hadis riwayat imam bukhari )

Semua anak mengaku sudah memenuhi hak kedua ibubapanya walaupun hati tak merindui, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenangkan keuzuran mereka, pemegang kunci syurga mereka di akhirat kelak. Tetapi mereka lupa.

Lantas mereka lalai dan lupa terhadap ibubapa mereka lantaran kesibukan dengan kerjaya masing-masing. Kurangnya masa bersama mereka. Apalah yang diharapkan oleh ibubapa kita? Bukannya wang ringgit yang dihulurkan ,barang-barang mahal pengganti diri, namun mereka amatlah mengharapkan kemesraan dan masa yang dihabiskan bersama-sama seperti kita masih kecil bersama-sama mereka. Tetapi anak-anak tidak menjaga perasaan mereka. Kasihan ibu,kasihan ayah. Pilu hati mereka mengenangkan anak-anak yang begitu sibuk.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada ibubapa melebihi pahala berjihad fisabilillah seperti sabda nabi saw yang bermaksud daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata ," Saya bertanya kepada nabi saw ", " Amalan apakah yang disukai oleh Allah swt ? Baginda bersabda "solat pada waktunya ", saya bertanya lagi. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda : berbuat baik pada kedua orang tua. Saya bertanya lagi. Kemudian apa lagi? baginda bersabda : berjihad dijalan Allah ". ( HR bukhari dan muslim )

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas ialah kasih sayang terhadap ibubapa. Anak yang soleh dituntut membalas mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga dari wang beribu ringit.







No comments:

Post a Comment