Sunday, August 29, 2010

test

Teringat peristiwa petang tadi tersenyum sendirian
Beberapa orang yang ambil subjek analisis surih hari ini ada test petang tadi..
Kami semua bersemangat nak menjawab
Masing-masing nampak macam dah bersedia, alhamdulillah
Harapan moga dipermudahkan
Dr pun edarkan paper, kami ingat paper soalan sebab bercetak
kata Dr " korang ambik 3 helai je, jangan lebih-lebih tapi nak ambik lebih pun takpe"
semua sangkakan itu adalah soalan test kami
salah 1 dari kami tanya Dr, " Dr soalan ke?"
"Eh, takdelah ni kertas jawapan kamu," dengan selamba Dr jawab
"Dr tak sampai hati kami nak tulis jawapan kami pada kat kertas ni"
tau kertas apa? rasa macam assignment atau paper work student Dr je.
Dr suruh kami tulis jawapan kami di bahagian belakan yang kosong
" saya lagi sedih kalau saya buang ke baik saya bagi kamu tulis," lebih kurang camtulah Dr cakap tadi.
kitaorang gelak jer...Dr buat kami rasa nak ketawa je...
Pepun Dr sempoilah. suka time kelas Dr...
*tahniah Dr dapat pangkat Profesor Madya dari kami =)

Saturday, August 21, 2010

fasa kedua

Alhamdulillah diberi kesempatan masih lagi dapat merasai nikmat dan tarbiyah di bulan yang penuh kerahmatan,keampunan dan kemuliaan ini . Terasa pantas masa berlalu rupa-rupanya kita semua sudah memasuki fasa kedua bulan ramadhan iaitu keampunan. Pintu keampunan terbuka buat hamba-hambaNya. Terpulang pada kita sama ada untuk merebut peluang ini atau membiarkannya berlalu sahaja. Adakah puasa kita yang lalu sudah sempurna? Adakah kita mencapai matlamat puasa kita? Adakah diakhirnya kita ingin melihat berat kita yang kian betambah,berkurang atau sebagainya..

Firman Allah swt :

" Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa "

(surah al-baqarah:183 )

Diakhir puasa itu sendiri firman Allah jelas menunjukkan supaya kita menjadi antara golongan orang-orang yang bertaqwa.InsyaAllah. Dan kerana itu kita disunnatkan melambatkan sahur agar kita dididik supaya selepas bersahur kita dapat menunaikan solat subuh diawal waktu. Subhanallah. Ramadhan adalah madrasah tarbiyah buat kita semua. Marilah kita bersama-sama merebut peluang di bulan mulia ini. Jika sebelum ini hanya dahaga dan lapar yang diperoleh, ayuhlah bersama perbaiki puasa kita dihiasi dengan amalan-amalan sunat yang lain. Perbanyakkan solat sunat taubat dan muhasabah diri. Ketahuilah pintu taubat terbuka luas . Walau kita sering alpha dan lalai namun Allah swt Maha Pengampun. Subhanaallah. Malulah kita walau sebanyak mana kita lalai, namun Dia masih menerima taubat .Perbanyakkanlah doa agar kita kuat dan tabah menghadapi dunia yang penuh cabaran dan dugaan sekarang juga terhindar dari fitnah dan kelalaian dunia ini.amin.

~shofwahasanah

Friday, August 20, 2010

10 muwasifat tarbiyyah



1) AQIDAH yang sejahtera


2) Ibadat yang sahih


3) AKHLAQ yang mantap


4) luas PENGETAHUAN


5) SIHAT tubuh badan


6) mampu BERDIKARI


7) MELAWAN hawa nafsu


8) sangat menjaga MASA


9) TERSUSUN urusannya


10) BERMANFAAT pada orang lain




~ moga ramadhan hari ini lebih baik dari semalam..




*shofwahasanah =)

Friday, August 6, 2010

Kerenah adik


Bila terfikir tersenyum sendirian. Telah menjadi kebiasaan aku menidurkan adikku, hafiz, yang kini berusia 1 tahun setengah. Satu malam, kedua orang tuaku keluar atas urusan mereka dan aku diamanahkan untuk menjaga dua orang adiku. Si abang, sudah lama dibuai mimpi. Jadi tinggallah aku seorang diri menjaga si hafiz ini. Ikut rentak dia sekali, apa lagi sukalah dia apabila aku melayannya. Dia pula makin aktif, aku pula yang terasa mengantuk. Macam-macam cara telah aku lakukan untuk tidurkan dia, namun tidak berhasil. Jadi aku pun gunalah cara terakhir iaitu pura-pura tidur setelah pelbagai cara aku lakukan tidak berkesan. Alhamdulillah nampaknya cara ini berkesan. Hafiz pun baringlah sekali disebelah aku. Dalam diam aku tersenyum sorang diri. Agaknya kalu orang nampak apalah diaorang fikir kepada aku senyum sorang-sorang waktu tidur... terpulanglah.. namu tiba-tiba hafiz bangun dan duduk. Aku membukakan mataku perlahan-lahan bimbang dia menyedariku memerhatikannya dalam diam. Nasibku baik kerana lampu yang malap dapat melindungi wajahku dari pandangannya. Tiba-tiba dia mengangkat kedua-dua tangannya seperti mendah tangan untuk berdoa. Subhanallah, aku terpaku. Aku teringat yang aku terlupa untuk membacakan doa tidur bersam-samanya, kerana sejak dari awal lagi aku ajarkannya sebelum tidur membaca doa. Dia telah mengingatkanku, lantas aku pun membaca doa tidur bersama-samanya. Selesai sahaja doa tidur diaminkan dia terus tidur. Alhamdulillah moga sedikit sebanyak ia akan menjadi amalannya walaupun mungkin dikala usiannya ini mungkin hanya ikut sahaja apa yang diajarkannya. Moga ia akan mempraktikannya sehinggalah dewasa, itu harapanku sebagai seorang kakak. Hafiz, kakak doakan moga kau membesar menjadi seorang mujahid Islam . Aku cuba menjadi seorang kakak yang baik dan contoh yang terbaik buatmu duhai adikku..
~with love: shofwahasanah


Thursday, August 5, 2010

Kemanisan yang tersembunyi


Saat merenung lantas terfikir betapa besarnya nikmat Allah yang telah dikurniakan buat hamba-hambanya samada sedar atau tidak. Namun mengapa sering diri dibiarkan terus alpa? Walaupun kita sedar atau tidak Dia tidak putus-putus memberikan nikmat buat hamba-hambaNya.. subahanallah.. moga kita tergolong dalam hamba-hambanya yang mensyukuri nikmatnya, Insyaallah. Sahabat susah senang diharungi bersama. Namun perjalanan tidak selamanya indah, kadangkala turut dilanda ombak untuk menguji sejauh mana ikatan ukhwah antara kita bersama sahabat.


" ukhwah yang dibina atas nama Allah tidak mengharapkan balasan apabila memberi,
tetapi akan selalu berkongsi airmata dikala suka dan duka,
kesedihan sahabatnya bagai pedang menikam,
keceriaan sahabat bagai pelangi yang tidak akan hilang,
kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal didunia,
Itulah sunnah jalinan ukhwah pejuang agama... "


* dipetik dari kak an
Dalam kita hendak menjaga rupa-rupanya dalam diam kita tidak menyedari rupa-rupanya insan istimewa ini berkecil hati. Sedarkah kita? Maaflah sahabat . Namun itu bukan kehendak hati. Andai dapat dijaga, tidak akan dibiarkan dirimu berkecil hati lantas mengalirkan air mata. Pilu hati namun itu semua adalah ujian dalam bersahabat. Segala nasihat amat dihargai. Namun ketahuilah apa yang berlaku menguatkan lagi antara ukhwah antara kita .. wallahua'lam ..







Tuesday, August 3, 2010

Ahlan wasahlan


Alhamdulillah tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang mulia yakni bulan ramadhan. Dalam sibuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar jangan dilupa tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, Insyaallah .. Dalam diam dan tanpa disedari terfikirkah kita adakah cukup bekalan dan amalan kita yang akan kita bawa menujuNya nanti?? Fikirlah wahai sahabat sekalian. Kita yang masih diberi pinjaman nyawa ini berusahalah menjadi hamba yang terbaik disisiNya. Sama-sama kita memperingati antara satu sama lain dan sentiasalh muhasabah diri.
Firman Allah swt dalam surah al ashr : " demi masa.sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran ".Wallahua'lam.

Kedatangan ramadhan memberi banyak peluang kepada kita semua. Bagi para peniaga rezeki mereka pada bulan ini melimpah ruah alhamdulillah. Namun usah dilupakan pada saudara-saudara kita yang lain. Bagi si anak kecil pula ajarlah, didiklah, dan latihlah mereka sejak kecil agar mereka terdidik sejak diawal usianya. Bukankah setiap ibubapa inginkan anak yang soleh dan solehah? Maka marilah kita jadikan ramadhan kali ini dan akan datang adalah ramadhan yang kita rindui dan nanti-nantikan. Ramadhan yang bakal menjelma ini ayuh sama-samalah kita bangkit dan cantikkanlah ia dengan ibadat-ibadat sunat.
* selamat menyambut ramadhan al mubarak buat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian
~with love : shofwahasanah