Saturday, August 21, 2010

fasa kedua

Alhamdulillah diberi kesempatan masih lagi dapat merasai nikmat dan tarbiyah di bulan yang penuh kerahmatan,keampunan dan kemuliaan ini . Terasa pantas masa berlalu rupa-rupanya kita semua sudah memasuki fasa kedua bulan ramadhan iaitu keampunan. Pintu keampunan terbuka buat hamba-hambaNya. Terpulang pada kita sama ada untuk merebut peluang ini atau membiarkannya berlalu sahaja. Adakah puasa kita yang lalu sudah sempurna? Adakah kita mencapai matlamat puasa kita? Adakah diakhirnya kita ingin melihat berat kita yang kian betambah,berkurang atau sebagainya..

Firman Allah swt :

" Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa "

(surah al-baqarah:183 )

Diakhir puasa itu sendiri firman Allah jelas menunjukkan supaya kita menjadi antara golongan orang-orang yang bertaqwa.InsyaAllah. Dan kerana itu kita disunnatkan melambatkan sahur agar kita dididik supaya selepas bersahur kita dapat menunaikan solat subuh diawal waktu. Subhanallah. Ramadhan adalah madrasah tarbiyah buat kita semua. Marilah kita bersama-sama merebut peluang di bulan mulia ini. Jika sebelum ini hanya dahaga dan lapar yang diperoleh, ayuhlah bersama perbaiki puasa kita dihiasi dengan amalan-amalan sunat yang lain. Perbanyakkan solat sunat taubat dan muhasabah diri. Ketahuilah pintu taubat terbuka luas . Walau kita sering alpha dan lalai namun Allah swt Maha Pengampun. Subhanaallah. Malulah kita walau sebanyak mana kita lalai, namun Dia masih menerima taubat .Perbanyakkanlah doa agar kita kuat dan tabah menghadapi dunia yang penuh cabaran dan dugaan sekarang juga terhindar dari fitnah dan kelalaian dunia ini.amin.

~shofwahasanah

No comments:

Post a Comment