Friday, August 6, 2010

Kerenah adik


Bila terfikir tersenyum sendirian. Telah menjadi kebiasaan aku menidurkan adikku, hafiz, yang kini berusia 1 tahun setengah. Satu malam, kedua orang tuaku keluar atas urusan mereka dan aku diamanahkan untuk menjaga dua orang adiku. Si abang, sudah lama dibuai mimpi. Jadi tinggallah aku seorang diri menjaga si hafiz ini. Ikut rentak dia sekali, apa lagi sukalah dia apabila aku melayannya. Dia pula makin aktif, aku pula yang terasa mengantuk. Macam-macam cara telah aku lakukan untuk tidurkan dia, namun tidak berhasil. Jadi aku pun gunalah cara terakhir iaitu pura-pura tidur setelah pelbagai cara aku lakukan tidak berkesan. Alhamdulillah nampaknya cara ini berkesan. Hafiz pun baringlah sekali disebelah aku. Dalam diam aku tersenyum sorang diri. Agaknya kalu orang nampak apalah diaorang fikir kepada aku senyum sorang-sorang waktu tidur... terpulanglah.. namu tiba-tiba hafiz bangun dan duduk. Aku membukakan mataku perlahan-lahan bimbang dia menyedariku memerhatikannya dalam diam. Nasibku baik kerana lampu yang malap dapat melindungi wajahku dari pandangannya. Tiba-tiba dia mengangkat kedua-dua tangannya seperti mendah tangan untuk berdoa. Subhanallah, aku terpaku. Aku teringat yang aku terlupa untuk membacakan doa tidur bersam-samanya, kerana sejak dari awal lagi aku ajarkannya sebelum tidur membaca doa. Dia telah mengingatkanku, lantas aku pun membaca doa tidur bersama-samanya. Selesai sahaja doa tidur diaminkan dia terus tidur. Alhamdulillah moga sedikit sebanyak ia akan menjadi amalannya walaupun mungkin dikala usiannya ini mungkin hanya ikut sahaja apa yang diajarkannya. Moga ia akan mempraktikannya sehinggalah dewasa, itu harapanku sebagai seorang kakak. Hafiz, kakak doakan moga kau membesar menjadi seorang mujahid Islam . Aku cuba menjadi seorang kakak yang baik dan contoh yang terbaik buatmu duhai adikku..
~with love: shofwahasanah


2 comments: