Thursday, June 10, 2010

Tarbiyah Berterusan


Benarlah untuk naiknya darjat iman seseorang disisi Allah adalah hadirnya tarbiyah yang berterusan. Beruntungnya seseorang itu andai termasuk dalam golongan ini. Subhanallah. Tarbiyah yang silih berganti mengajar kita bagaimana kita menangani masalah yang dihadapi.Adakah dengan mengikut hawa nafsu, adakah dengan melayan perasaan atau adakah dengan muhasabah diri dan taqarrab ila Allah. Bibir mudah mengucap sabar namun hatilah yang merasainya. Kita tidak mampu untuk puaskan hati semua orang. Namun dalam membawa imej Islam kadangkala diri sering menjadi tatapan orang sekeliling. Sering dianggap sempurna sedangkan hanyalah hamba yang lemah sentiasa dalam proses tarbiyah dan muhasabah diri. Tidak lari dari membuat kesilapan, mengharapkan teguran dan nasihat berterusan dari insan yang memahami. Namun insan-insan lain hanya berdiam seribu bahasa.


Renung sejenak andai di minta mendaki ke puncak tertinggi ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi dan bukannya dalam sekelip mata sahaja kita berjaya sampai ke puncaknya. Begitu juga dengan tahap keimanan seseorang dengan Allah swt. Dalam peningkatan iman seseorang, dia akan sering di uji dan terus di uji. Ujian yang hadir membuatkan diri menjadi lebih matang dan merasai betapa manisnya, indahnya tarbiyah yang Allah kurniakan.

Benarkah hati manusia sukar di tafsir? Apa yang ingin disampaikan kadang kala sering di salah ertikan dan kadang kala apa yang ingin di sampaikan tidak sampai. Berterus terang adalah jalan yang terbaik dalam ukhwah, mengapa kadang kala wujudnya perasaan ego? Ianya akan menjadi duri dalam daging sendiri. Beralah bukan bererti kalah dan mempertahankan ego bukan bererti menang. Namun dalam berbicara, perlulah berhati-hati. Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan. Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya. InsyaAllah andai hubungan dengan Allah baik, secara tidak langsung sesama manusia akan terjaga.


No comments:

Post a Comment