Monday, May 17, 2010

Wajah Suci Itu

Atas kesedaran diri akhirnya lahirnya entri ini bagi tatapan semua.Susah untuk di gambarkan perasaan ini saat melihat remaja-remaja di luar sana yang begitu lalai dan alpa dengan dunia ciptaan mereka sendiri tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan mereka itu sendiri . Mutakhir ini juga kita sering ditayangkan di dada-dada akhbar ,melihat di televisyen tentang kebanyakan kes-kes pembuangan bayi yang sekarang ini sudah menjadi suatu kebiasaan di kalangan remaja-remaja Islam hari . "Antara kes terbaru seorang pelajar perempuan belasan tahun telah ditahan disyaki terlibat dalam penemuan seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditanam ditebing sungai secara sulit.Turut terlibat teman lelakinya yang membantu dalam proses penyembunyian bayi tersebut.Kedua-dua akan ditahan untuk proses selanjutnya.... "petikan daripada akhbar harian metro selasa 18 mei 2010.



Alangkah betapa kesiannya si anak kecil yang tidak mengerti apa-apa namun belum sempat dia memanggil ibu , dibuang sesuka hati oleh insan yang tidak mengenal dosa.




Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih , bergantung kepada ibubapa yang mencorakkan . Maka didiklah ia dengan sebaik-baiknya mengikut acuan yang telah dianjurkan oleh Islam itu sendiri... I'Allah akan lahirnya generasi yang berakhlak mulia.


Ingatlah , cara orang tua kita mendidik anak-anak dari hati yang sarat dengan iman dan taqwa kepada Allah Taala. Mengapa perlu berlakunya kejadian seperti hari ini yang kian menjadi-jadi ? Anda sendiri tahu jawapannya.. Jangan biarkan generasi kita mengalami perkara yang sama kita alami, kerana kita tidak tahu adakah kita dapat mengawal mereka ataupun tidak...nauzubillah.. moga perkara seperti ini dapat diatasi dari semasa ke semasa jika Islam diamalkan sepenuhnya....





No comments:

Post a Comment